Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA BERANG, 8 Mac (Iteenews) — FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek PesertaFELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika mengumumkannya hari ini, beliau berkata jumlah itu merupakan lonjakan sebanyak 154 peratus atau RM116.3 juta berbanding tempoh sama pada 2023.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata keuntungandijana daripada 583 projekitu akan diagihkan secara berperingkat mulai hari ini kepada 68,400 peserta.
"Saya mengucapkan tahniah kepada FELCRA Bhddi atas kejayaan mengekalkan prestasi cemerlang dengan keuntungan lebih RM192.51 juta.
"Ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras seluruh pasukan dalam memperkasakan ekonomi luar bandar," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Kampung Kuala Akobdi sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata peningkatan itu jugamenjadikan purata pendapatan bersih setahun bagi seorang peserta meningkat kepada RM4,420.
Peningkatan itu, kata beliau, didorong oleh beberapa faktor utama termasuk peningkatan hasil ladang sawit dalam Program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) yang meningkat sebanyak9.23 peratus atau 1.44 metrik tan bagi setiap hektar.
Selain itu, pelaksanaan strategi penjimatan kos pengeluaran turut menyumbang kepada pengurangan kos lebih RM401 bagi setiap hektar.
“Matlamat FELCRA Bhd adalah untuk memastikan setiap peserta menerima agihan keuntungan minimum RM150 setiap ekar setiap bulanatau RM1,800 setiap ekar setahun sebagai jaminan kesejahteraan kepada peserta," katanya.