FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

7f29bfb071c91f1f4009594824ecbc915e3235c3dea57

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept(Iteenews)– Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut3.69 mata atau0.22 peratus kepada 1,660.59 daripada paras penutup1,664.28 pada Selasa. FBM KLCI dibuka tinggi naik0.05 mata kepada1,664.33 dan bergerak antara paras1,654.0 dan1,664.78 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak526 berbanding442manakala 489 kaunter tidak berubah, 1,048 tidak diniagakan dan sembilan digantung

Jumlah dagangan susut kepada2.30 bilion unit bernilaiRM2.75 bilion daripada3.19 bilion unit bernilai RM3.35 bilion.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata bursa tempatan dan pasaran serantau mencatatkan prestasi lemah apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman kadar olehRizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) malam ini.

"Meskipun penurunan itu dijangkakan, kenyataan daripada Fed akan menjadi faktor kritikal kepada peniaga dan penganalisis untuk menilai kemajuan penurunan seterusnyapada masa depan. Pergerakan FBM KLCI bermula esok dan seterusnya akan bergantung kepada bagaimana pelabur mentafsir kenyataan Fed,” katanya kepada Iteenews.

Mohd Sedek menjangkakan Fed mengambil strategi “turun dan jeda” (menurunkan kadar kemudian menghentikannya seketika)dan bukanpenurunan bersiri yang akan membantu mengekang tekanan inflasi dan menyokongdolar AS.

"Walaupun kedua-dua pendekatan itu mungkin memberi sokonganbagi tempoh jangka pendek, strategi ‘turun dan jeda’ menyediakan persekitaran lebih stabil serta masa untuk menilai impak ekonomi selepas setiap penurunan yang seterusya dapat mengurangkan risiko kemeruapanpasaran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *