FBM KLCI Dijangka Kekal Antara 1,570 Dan 1,600 Minggu Depan

5d81eed10c890cc22051bae3bfcf85956715c02deb85e

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Feb(Iteenews) — Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata broker dalam talian itu menjangka pasaran akan mengekalkan pendekatan berhati-hati berikutan dana terus mengalir daripada pasaran sedang pesat membangun ke pasaran Hong Kong dan China.

“Oleh itu, kami percaya dana asing akan kembali ke rantau ini dalam masa terdekat, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh berbanding blok barat,” katanya kepada Iteenews.

Thong mencadangkan pelabur memberi tumpuan kepada sektor permodalan besar seperti bank, perladangan dan telekomunikasi selain turut mempertimbangkan pelaburan domestik seperti pembinaan dan amanah pelaburan hartanah runcit untuk strategi pelaburan defensif.

“Jika indeks petunjuk pasaranmeraih semula dan mengekalkan kedudukan melebihi 1,590 untuk tempoh yang panjang dengan jumlah dagangan yang kukuh, pergerakan ke arah paras halangan akan datang dijangka pada 1,620,” katanya.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal dalam fasa konsolidasi selagi ia terus ditutup di bawah paras utama 1,590.

Katanyapelabur akan menilai perkembangan pasaran, termasuk pengumuman pendapatan korporat tempatan minggu depan, ketegangan perdagangan dan geopolitik global, prospek dasar Rizab Persekutuan AS serta potensi dasar rangsangan dari China.

Pada Jumaat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kadar inflasi Malaysia kekal pada 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas.