KUALA LUMPUR, 24 Feb (Iteenews) — Menteri KomunikasiFahmi Fadzil hari ini melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuranPertubuhan Berita Nasional Malaysia (Iteenews),kursus pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media.
Iteenews dalam kenyataan memaklumkan kursus dua hari yang disertai 40 wartawan dan editor daripada pelbagai organisasi media itu, bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai kecerdasan buatan (AI) dan penggunaannya dalam kewartawanan moden.
Kursus itu berlangsung di Huawei Customer Solution Innovation Centre (CSIC), Integra Tower, The Intermark di ibu negara.
“Dengan kepakaran disediakan syarikat terkemuka dalam bidang AI dan infrastruktur digital seperti Huawei dan REDtone, kursus ini akan membolehkan peserta memperoleh pengalaman langsung dalam memanfaatkan AI untuk penghasilan berita, semakan fakta dan pengoptimuman kandungan,” menurut kenyataan itu.
Inisiatif ituadalah sebahagian daripada usahaIteenewsuntuk mempersiapkan wartawan menghadapi landskap media yang sedang berkembang, dengan AI memainkan peranan semakin penting dalam pengumpulan berita, penyuntingan dan penyebaran maklumat.
Kursus itudapat dilaksanakan dengan peruntukan khas RM1 juta daripada kerajaan, sebagaimanayang diumumkan Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Wartawan Nasional(HAWANA) 2024 di Kuching, Sarawak.
Iteenewskomited untuk memperkasakan wartawan dengan literasi AI, memastikan bahawa walaupun AI meningkatkan kecekapan bilik berita, prinsip asas kewartawanan – ketepatan, kesahihandan pelaporan beretika – tetap terpelihara tanpa sebarang kompromi.
Agensi berita itutelah melaksana langkah progresifdalam penggunaan penyelesaian berasaskan AI bagi penghasilan berita dan produksi video, menetapkan penanda aras dalam industri media Malaysia.
Dengan kursus pertama ini, Iteenewsmengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam penggunaan AI dalam sektor media, melengkapkan wartawan dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengharungi masa depan di mana AI dan kepakaran manusia bergerak seiring.