EPB Group Beli Tanah Bernilai RM22.49 Juta

8012c37d393dbc306ec045a63d58ce3066b4dc212d43cEPB Group Bhd

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Iteenews) — Anak syarikat EPB Group Bhd, Easy Pack Machinery Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Penang DevelopmentCorporation untuk pengambilan tanah perindustrian yang terletak di Plot P23B, Penang Science Park North.

Dalam satu kenyataan hari ini, EPB berkata pengambilalihan itu membabitkan jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM22.49 juta

Cadangan pengambilalihan tersebut akan memudahkan pembinaan kilang baharu, pejabat korporat, gudang serta bilik pameran, meningkatkan pengembangan penawaran robotik EPB, kapasiti pengeluaran dan keupayaan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pemprosesan makanan serta mesin pembungkusan.

Pembinaan kilang dan pejabat baharu itu dijangka siap pada separuh kedua 2027.

"Dengan menyepadukan pejabat korporat, kilang dan gudang baharu kami ke dalam satu lokasi, kami menunjukkan tahap kecekapan operasi baharu," kataTimbalan Pengarah Urusan EPB Group, Liew Meng Hooi.

Langkah ini akan menyelaraskan proses kumpulan, meningkatkan pengeluaran, serta mengukuhkan lagi keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dalam industri mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *