Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra (Kredit: Sekretariat Perdana Menteri)
Oleh Linda Khoo
KUALA LUMPUR, 16 Feb(Iteenews) — Perdana Menteri ThailandPaetongtarn Shinawatra yakin bahawa inisiatif “Enam Negara, Satu Destinasi”yang dicadangkan akanmengukuhkanstatus ASEAN sebagai hab pelancongan dengan memudahkan aksesbagi pelancong antarabangsa dan merangsang sektor pelancongan serantau.
Beliau berkata inisiatif yang dicadangkan itu memfokus kepada peningkatan kemudahanrentassempadan, memperkemaskan usaha promosi dan memperluaskan kesalinghubungan perjalanan rentas enam negara terlibat iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Vietnam, danThailand, dengan rancangan untuk mengundang Singapura menyertainya.
“Saya yakin terdapat peluang besar dalam meningkatkan kerjasama pelancongan ini yang menjadi pemacu utama kepada hubunganekonomi dan budaya bagi kedua-dua negara kita serta rantau ini.
“Bersama semangat ini, kitatelah mencadangkan kerjasama di bawah inisiatif Enam Negara, Satu Destinasiuntuk meletakkan rantau ini sebagai destinasi tunggal pelancongan yang mudah di akses.
“Saya yakin inisiatif ini akan menarik lebih ramai pengunjung dari luar rantau ini, meningkatkan perjalanan serantau dan menggalakkan pelbagai perhentian di enam negara perintis,” kataPaetongtarn, yang menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand ke-31 sejak 16 Ogos 2024.
Paetongtarn, 38, berkata demikian dalam temu bual bertulis dengan Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) berhubunglangkah yang sedang dipertimbangkan untuk memacupelancongan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailandserta meningkatkan pelancongan serantau.
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.
“Melalui insfratruktur perjalanan yang maju,termasuk lebuh raya rentas sempadan, hubungankereta api dan udara serta kemudahan bebas visakita mempunyai asas yang kukuh untuk mewujudkan perjalanan pelbagai negara yang lancar.