Empat Penerbangan Malaysia Airlines Ke London Terjejas Disebabkan Penutupan Lapangan Terbang Heathrow

1cff83264b89fa252f24ac1d04ed51c367dd3b7f5502d

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Iteenews) — Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kataMalaysia Aviation Group (MAG).

Lapangan terbang itu ditutup selepas kebakaran berlakudi stesen janakuasa elektrik berhampiran mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

MAG berkata penerbangan Malaysia Airlines MH2 yang berlepas pada 20 Mac, jam 11:37 malam dari Kuala Lumpur ke London telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam di Belanda.

Pesawatyang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu selamat mendarat pada 6.19 pagi waktu tempatan Amsterdam.

"Penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang, ada juga dipindahkan dalam penerbangan lain," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penerbangan MH4 pada 21 Mac yang membawa 187 penumpang dan 17 anak kapal akan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada 3.30 petang waktu tempatan hari ini.

Penerbangan lain yang terjejas ialah penerbangan MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur hari ini.

“Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan dan gangguan yang berlaku menyebabkanrancangan perjalanan penumpang kami terjejas.

"Keselamatan kekal sebagai keutamaan nombor satu kepada Malaysia Airlines," katanya.