KUALA LUMPUR, 17 Mac(Iteenews) –Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melabur dalam firma keselamatan siber Bluesify Solutions Sdn Bhd (Bluesify) bagi meningkatkan landskap keselamatan siber Malaysia dan menyokong pengembangan syarikat.
Ekuinas berkata pelaburan ituyang dibuat melalui dana Dana Asas I, bertujuan mengembangkan penyertaan Bumiputera dalam industri-industri utama.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif EkuinasDatuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata pelaburan dalam Bluesify bertujuan mengukuhkan landskap keselamatan siber Malaysia dan membantu perniagaan mempertahankan diri daripada ancaman digital yang semakin meningkat.
"Dengan modal pertumbuhan kami, Bluesify bersedia untuk menyokong keperluan keselamatan siber negara dengan mengembangkan tawaran perkhidmatannya merangkumi keseluruhan kitaran hayat keselamatan siber dan memperkembangkanpusat pengesanan dan tindak balas terurus (MDR) mereka.
"Pada masa yang sama, syarikat menyasarkan untuk mengembangkan jejaknya di pasaran serantau, memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian keselamatan termaju di seluruh Asia Tenggara," katanya.
Syed Yasir berkata pengembangan Bluesify akan membolehkan Ekuinas memasuki pasaran keselamatan siber Asia Tenggara yang sedang meningkat, yang dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 9.5 peratus, daripada US$4.9 bilion (RM21.8 bilion) pada 2025 kepada US$7.1 bilion (RM31.3 bilion) pada 2029.
Sementara itu, Pengarah Urusan BluesifyIzman Ibrahim berkata syarikat itumengalu-alukan kerjasama dengan Ekuinas bagi mengembangkan pertumbuhannya sambil terus komited untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan siber berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dipacu oleh kepakaran, yang menawarkan perlindungan tahap tertinggi kepada pelanggan dalam landskap digital yang sentiasa berkembang.
Ekuinas juga berkata pelaburan itutiba pada waktu yang penting berikutan penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber Malaysia 2024, yang mewajibkan penyedia perkhidmatan keselamatan siber untuk memperoleh lesen dan mengenakan peraturan pematuhan yang lebih ketat terhadap perniagaan yang memiliki atau mengendalikan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara(NCII).
"Bluesify berada padakedudukan yang baik untuk membantu perniagaan dalam mengemudi keperluan-keperluan baharu ini, melindungi sistem kritikal sambil memastikan pematuhan," katanya.