Eksport Oleokimia Sawit Ke China Meningkat 1.4 Kali Ganda Dalam Tempoh Sedekad – Johari

adfc5448b72f74c907c9b1996372a1e96717936296d9a–fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Iteenews) — Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekadkepada 604,208 tan pada 2023 daripada434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkataminyak sawit Malaysia, khususnya oleokimia berasaskan sawit merupakan komponen utama dalam industri surfaktan di China.

Menurutnya,penggiat industri tersebut mahu meneroka peluang kerjasama perdagangan dalampenggunaan oleokimia berasaskan sawit bagi pengeluaran detergen sejajar usaha transformasi negara itu ke arah industri hijau.

Sehubungan itu, Johari berkataMalaysia terus komited untuk memastikan pengeluaran minyak sawitnya secara mampan hanya melaluiSkim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

"Pelaksanaan MSPO minyak sawit Malaysia juga sejajar dengan inisiatif bahan kimia hijau oleh Kerajaan China, terutama dari aspek penghasilan surfaktan yang mampan untuk pasaran di China,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliauberkata demikian kepada 11 pengeluar surfaktan utama dari Chinayang mengunjungi kementeriannya.

Delegasi dari China itusedang dalam lawatan selama seminggu untuk mendalami industri sawit mampan Malaysia serta meneroka potensi meningkatkan kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.

Delegasi itu akanmengikuti program Palm Oil Trade and Investment Initiative 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

— BERNAMA