Ekovest Peroleh Lanjutan Akhir Teruskan Perbincangan Penggabungan Dengan Knusford

20af8de6b91613241e5121b2d0d5666c5f5866aa06e62

KUALA LUMPUR, 27 Jan(Iteenews) –Ekovest Bhd memperoleh lanjutan akhir selama enam bulan untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan penggabungan antara anak syarikat milik penuhnya, Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB) denganKnusford Bhd.

Ekovest menerusimakluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tempoh lanjutan dari 28 Jan 2025 hingga 27 Julai 2025 itu memberikan lebih masa kepadakedua-dua pihak untukmenilai dan membincangkan penggabungan secara terperinci, serta merundingkan syarat-syarat perjanjian muktamad.

Oktober tahun lepas, Ekovest menandatangani perjanjian dasar induk yang mengikat dengan pemegang saham utamanya, Tan Sri Lim Kang Hoo, dan Knusford Bhd untuk menyatukanperniagaan pembinaan danberkaitan pembinaan Lim.

Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Ekovest akan menjual keseluruhan pegangannya dalam ECSB kepada Knusford pada harga RM450 juta, dengan Knusford membiayai pengambilalihan itu melalui terbitan saham baharu pada 60 sen sesaham.

— BERNAMA