Ekonomi Negara Berkembang Baik Disokong Pengukuhan Ringgit – Amir Hamzah

7737a2f73388a5cb387aef3e7c3268a066f7c9f0921daMenteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan ke Pulau Tuba yang merupakan kampung angkat MADANI di sini, hari ini.Dalam lawatan itu, Amir Hamzah menyaksikan penyerahan Pengurusan Jeti Teluk Bujur kepada Koptubas, menghadiri taklimat projek lampu solar serta penyerahan projek telaga tiub kepada Masjid Al Wafa.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

LANGKAWI, 28 Sept (Iteenews) — Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong olehkedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kataMenteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata banyak inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi rangka kerja Ekonomi MADANI menunjukkan perkembangan yang baik, sekali gus menambah keyakinan pelabur.

"Kita melihat lonjakan dalam pelaburan, ekonomi semakin berkembang, banyak pelaburpositif kepada Malaysia, (dan ini memberi) perkembangan baik kepada ringgit.

"Keluaran Dalam Negara Kasar pula tumbuh 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, dan 5.9 peratus pada suku kedua,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pulau Tuba yang merupakan Kampung Angkat MADANI dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar inflasi yang semakin meredadan kadar pengangguran berada pada 3.3 peratus pada masa kini, turut mencerminkanperkembangan yang positif.

Sementara itu, mengenai Belanjawan 2025, Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara menerusi pelbagai program Ekonomi MADANI.

"Kerajaan mahukurangkan jurang sosial dan memberi lebih banyak pulangan (manfaat) kepada rakyat," katanya.

Pulau Tuba adalah satu daripada tiga Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan selain Kampung Batu 13 di Terengganu dan Rumah Panjang – Rumah Entebang Anak Melayang Nanga Belaie, Skrang di Sarawak.

Kampung Angkat MADANI merupakaninisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 bertujuan antaranya untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung, di samping merapatkan jurang kemudahan asas dan bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *