Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR, 12 Jan(Iteenews) –Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025,disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuhdan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melepasi jangkaan tahun lepas, dengan ekonomi melebihi sasaran dalam belanjawan awal dan unjuran oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Saya fikir kita mengalami tahun yang hebat pada tahun lepas. Tahun ini, saya fikir momentum positif akan terus berlanjutan. Saya fikir kita mempunyai asas yang baik kerana pelaburan langsung asing (FDI) kekal kukuhdan banyak aktiviti yang dihasilkan kini sedang memberi kesan dalam ekonomi.
"Walaupun pasaran global agak tidak stabil, kita mempunyai daya tahan yang cukup untuk menghadapinya. Tahun ini, kita akan kekal melebihi 5.0 peratus," katanya dalam temu bual dengan Haslinda Amin daripada Bloomberg.
Malaysia ialahnegara perdagangan terbuka
Amir Hamzah menegaskan Malaysia kekal teguh dalam menyokong pasaran terbuka walaupun terdapat perubahan pada dinamik perdagangan global.
“Malaysia ialah sebuah negara perdagangan terbuka, dan secara berkesan, apa yang kita mahukan ialah pasaran terbuka untuk semua orang mengambil bahagian. Kitatidak suka memilih pihak, dan saya fikir kitatelah dapat mengemudi kedudukan ekonomi sejak beberapa tahun lalu danmembuktikan kita mengamalkan ekonomi yang cukup terbuka.
"Walaupun mungkin terdapat pendirian yangsukar di sepanjang jalan, kepelbagaian ekonomi Malaysia itu sendiri menyediakan daya tahan untuk sepanjang perjalanan berkenaan," katanya.