Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Iteenews) — Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata iamenunjukkan peningkatan ketara berbanding pertumbuhan 3.8 peratus dicatatkan dalam tempoh sama pada 2023.
“Prestasimemberangsangkan ini mencerminkan daya tahan yang berterusan walaupun menghadapi ketidaktentuan global dan dilihat sebagai petanda positif untuk kestabilan ekonomi negara
“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024.”katanya dalam laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 12/2024 yang dikelurkan hari ini.
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, sedikit perlahan berbanding 2.3 peratus pada September, pertumbuhan itu dipacu oleh sektor Pembuatan (3.3 peratus) dan Elektrik (2.5 peratus) manakala sektor Perlombongan menyusut 2.8 peratus.
Dari segi bulanan, IPP meningkat semula dengan pertumbuhan 1.7 peratus.
Pada masa sama, sektor Pembuatan mencatatkan peningkatan jualan 3.0 peratus tahun ke tahun, mencapai RM161.3 bilion pada Oktober 2024, pertumbuhan tersebutdidorong kebanyakannyaoleh subsektor Makanan, Minuman dan Tembakau yang melonjak 11.2 peratus.
Melihat kepada sektor perkhidmatan secara keseluruhan, industri Perdagangan Borong danRuncit terus memperlihatkan prestasi yang menggalakkan pada Oktober 2024, jualan mencapai RM150.1 bilion, meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya
Bagi prestasi perdagangan luar Malaysia pula, prestasi perdagangan negara kekal stabil pada Oktober 2024 dengan jumlah dagangan meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun untuk mencapai RM244.3 bilion.