Ekonomi Gig Berkembang Pada 2024 Di Tengah-tengah Desakan Untuk Perlindungan Pekerja

e65cd5daa8336cbd6228391df2e5981b6699f538a3f1d

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Dis(Iteenews) — Ekonomi gig Malaysia telah meneruskan trajektori menaik pada 2024, dengan bilangan pekerja yang bekerjasendiri meliputi pekerja gigmelebihi tiga juta setakat September.

Pertumbuhan itu mencerminkan penerimaan dan pergantungan yang semakin meningkat terhadap kerja-kerjagig sebagai sumber pendapatan berdaya maju, fleksibiliti yang ditawarkannya dan ekonomi digital yang berkembang.

Ekonomi gig jugatelah menimbulkan lebih banyak gesaan untuk skim perlindungan yang lebih baikkerana masihramai lagi pekerja gig yang berada di luar perlindunganundang-undang buruh.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengesahkan kemasukan pekerja gig dalam kategori pekerja yang bekerjasendiri, sekali gus menunjukkan definisi yang lebih luas dan pengiktirafan kerja gig dalam pasaran buruh.

Menurut Laporan Kaji Selidik Tenaga Buruh bagi suku ketiga 2024, bilangan pekerja yang bekerjasendiri telah meningkat kepada3.09juta pada suku itu daripada 2.93juta pada suku pertama 2023.

Bercakap kepada Iteenews dalam temu bual baru-baru ini, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonometrik dan Perangkaan Perniagaan,Monash University Malaysia,Dr Nur Syazwani Mazlan berkata pengembangan ekonomi gig merupakan petunjuk positif bagi kedinamikan ekonomi dan potensi pertumbuhan selanjutnya untuk beberapatahun akan datang.

Langkah Hadapi Cabaran