Ekonomi Digital Dijangka Capai Unjuran Sumbangan 25.5 Peratus Kepada KDNK Akhir 2025

bf904e7dd11629505082daf139278d796634724b8e085Menteri Digital Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Iteenews) — Menteri Digital Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapaiatau melebihiunjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025 berikutankeupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur.

Beliau berkata dasar Malaysia yang mesra perniagaandan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS sejak kebelakangan ini telah menyumbang kepada prospek positif ekonomi Malaysia, seterusnya menggalakkan aliran masuk dana pelaburan.

“Sehubungan itu, peralihan daripada agenda pusat hubungan, kepada pengalaman pelanggan menerusipendigitalan dan inovasi sangat diperlukan.

“Industri (pusat hubungan) ini — anda semua — akan berperanan besar dalam meningkatkan ekonomi digital Malaysia,” katanya dalam ucapanpada Majlis Makan Malam Gala danMalam Anugerah Persatuan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) di sini malam ini.

Gobind berkata, sehubungan itu Kementerian Digital, melalui agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan terus membantu CCAM dan anggotanyadalam meningkatkan agenda pengalaman pelanggan.

Menurutnya kerajaan telah mempunyai beberapa inisiatifseperti inisiatif Malaysia Digital (MD) yang menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal kepada syarikat baharu dan sedia ada untuk mengembangkan operasi di Malaysia.

“Saya pasti pada masa ini,anda kebanyakannyamengambil maklum mengenai Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) yang baru dilancarkan, seperti yang dinyatakan Menteri Kewangan II(Datuk Seri Amir Hamzah Azizan).

“Zon kewangan khas ini akan menyediakan pelepasan cukai khas dan insentif yang dihasilkan untuk membangunkan FCSFZ sebagai hab kewangan serantau pilihan, memfokuskan kepada perkhidmatan perniagaan global, teknologi kewangan dan operator sistem pembayaran asing.

“Inisatu lagi peluang untuk anggota CCAM meneroka atau mengembangkan operasi di rantau ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *