KUALA LUMPUR, 6 Mac (Iteenews) –EDOTCO Malaysia memeterai beberapa memorandum persefahaman (MOU)di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol dalam usaha mempercepatkan pengembangan5G dan memajukan infrastruktur telekomunikasi generasi akan datang di seluruh Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi bersepaduitu berkata MOU berkenaan dimeterai dengan Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile, CelcomDigi Bhd, dan Avealto.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan EDOTCO Adlan Tajudin berkata kerjasama ini akan mempercepatkan penyebaran perkhidmatan 5G generasi akan datang dan memastikan bahawa kesalinghubungan adalah inklusif, mampan, serta bersediauntuk masa depan dengan bekerjasama bersama peneraju industri.
“Sebagai rakan infrastruktur digital negara, kami komited untuk memanfaatkan kepakaran, inovasi, dan perkongsian strategik kami dalammencipta peluang transformasi bagi kalanganperniagaan dan pengguna di seluruh negara.
“Kerjasamaini menandakan detik yang penting dalam perjalanan transformasi digital Malaysia menuju masa depan yang saling terhubung dan kukuh untuk semua,” katanya.
EDOTCO berkata ia memimpin usaha untuk menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan digital pertama di Malaysia yang menyokong 5G bersama DNB, yang akan mempertingkatkan pengalaman pelancong, memperbaiki infrastruktur pelancongan pintar di pulau itu, dan menjadikannya sebagai model untuk destinasi masa depan yang didayakan oleh 5G.
“Selain itu, EDOTCO akan menjadi salah satu organisasi bukan keuntungan pertama yang diiktiraf sebagai rakan infrastruktur sokongan 5G untuk rangkaian 5G U Mobile,” menurut kenyataan itu.
Kerjasama EDOTCO dengan CelcomDigi pula akan mempertingkatketerangkumandigital dan kemampanan, manakala kerjasama dengan Avealto merupakan langkah berani dalam meneroka penyelesaian kesalinghubungan altitud tinggi melalui percubaan pembuktian konsep(PoC), katanya.
Sementara itu, di acara yang sama,CelcomDigi dan Ericsson Malaysia Sdn Bhd menandatangani MOU untuk mempercepatkan penerimaan 5G dalam industri minyak dan gas (O&G) Malaysia, memajukan sektor utama ini ke arah pendigitalan industri.