Pengerusi E.SUN Commercial Bank dan E.SUN FHC, Joseph Huang (tengah) – Kredit: E.SUN
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) –E.SUN Bank Taiwan akan terus memantau peraturan berkaitan daripada agensi kerajaan Malaysia untuk terus berkembang daripada pejabat perwakilan ketika ini kepada operasi cawangan sepenuhnya di Malaysia berikutanperanan penting Malaysiadalam rangka kerja ekonomi serantau.
Pengerusi E.SUN Commercial Bank danE.SUN FHC, Joseph Huang berkata bank itu jika dibenarkanbercadang untuk meneruskan operasi cawangan secara aktif dan meneroka peluang untuk pelaburan serta penggabungan dan pengambilalihan.
“Malaysia adalah anggota penting ASEAN, anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan ekonomi keempat terbesar di ASEAN.
“Kuala Lumpur sebagai pusat politik dan ekonomi Malaysia adalahbertaraf antarabangsa dengan banyak bank asing, bank tempatan Malaysia dan perusahaan menubuhkan ibu pejabat mereka di sini,” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, Pejabat Perwakilan E.SUN Bank Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjalankan perniagaan perbankan kerana sekatan peraturan.
Peranan utamanya adalah untuk membantu pelanggan dengan rakan niagadan mengumpulkan maklumat pasaran tempatan.
Penampilan Sulung E.SUN di Malaysia