Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kedah
ALOR SETAR, 7 Mac (Iteenews) — Dua remaja lelaki mautmanakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabasdi hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan RajaPenolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada10.28 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima remaja lelaki berusia 18 tahun. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabithilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.
"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataanhari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA