Kredit : Bomba Johor
KOTA TINGGI, 22 Jan (Iteenews) — Dua ditemukanlemas sementara empat lagi terselamat ketikamandi di Pantai Bayu Impiandi sinipetang semalam, kataKetua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapatiterdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Mangsa terdiri seorang wanita,seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuanselain seorang lelaki berusia 60 tahun yang cuba menyelamat mereka.
“Lelaki terbabit yang juga mempunyai talian persaudaraan cuba menyelamatkan mangsapada mulanya tetapi naik semula ke darat disebabkan ombak kuat. Kesemua mangsa kemudian berjaya dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dibantu orang awam.
“Bagaimanapun, dua daripadanya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT). Kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBT II Ezam Mistorerrudin berkata seramai 15 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi ditemukandalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera memberikan bantuan pernafasan sementara menunggu ketibaan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Bagaimanapun, pihak KKM kemudian mengesahkan dua mangsa iaitu Siti Fatimah Jaafar, 33, dan Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatdiserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Mangsa yang selamat ialah Jaafar Yusof, 60, Nur Qaisara Farhana Mohd Farid, 13, Danial Abu, 10, dan Nur Alisya Shafiya Jamil, 10, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.