Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon ketika ditemubual Iteenews Radio di Wisma Iteenews hari ini,–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon ketika ditemubual Iteenews Radio di Wisma Iteenews hari ini,–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR,2 Jan(Iteenews) — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan konsortium perniagaan dan melaksanakan program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) bagi memastikan golongan itu kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.
PresidennyaNorsyahrin Hamidon berkata langkah ini adalah strategi baharu DPMMbagi memperkasakan usahawan Melayu pada 2025 selain mengatasi cabaran persaingan pasaran, perkembangan ekonomi digital dan keperluan pematuhan kepada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Menurut beliau, konsortium perniagaan berdasarkan sektor seperti teknologi maklumat, tenaga solar dan pembinaan akan ditubuhkan bagi menggabungkan kepakaran serta kekuatan ahli perniagaan Melayu.
“Inisiatif ini memastikan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut mendapat akses kepada projek-projek mega yang sebelum ini hanya dikuasai oleh syarikat-syarikat besar.
“Sebagai contoh, dalam bidang solar, kami telah berjaya mengumpulkan lebih 60 syarikat usahawan Melayu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia untuk membentuk konsortium yang kini mendapat perhatian Petronas bagi projek akan datang,” katanya kepada Iteenews selepas menjadi tetamu program E-MADANI terbitan Iteenews RadiobertajukHarapan DPMM 2025 di sini hari ini.
Setakat ini, DPMM mempunyai seramai 30,000 ahli perniagaan (syarikat) yang berdaftar di bawahnya.
Menurutnya program GEMA pula dijangka bermula Januari ini menerusijelajah ke seluruh negara untuk mengumpulkan data dan membantu usahawan mengukuhkan infrastruktur perniagaan mereka melalui pendigitalan.
“Melalui GEMA, kami akan memfokuskan usaha memperkukuhjaringan perniagaan usahawan Melayu dengan mendorong mereka meningkatkan kemahiran teknologi, menggunakan platform digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan mereka terus relevan di pasaran.