KUALA LUMPUR, 22 Jan(Iteenews) — Mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dijangkamengukuh pada tahun ini di walaupun terdapat amaran mengenai kemungkinan berlakunya ketidaktentuan pasaran, kataManulife Investment Management.
Ketua Pegawai Pelaburanbagi Pendapatan Tetap Asia (tidak termasuk Jepun) Murray Collins berkata ketidaktentuan itu sebaliknya menjadi peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pelabur.
“Dalam penelitian ke atas bank-bank pusat di rantau ini, kami mendapati iamenyasarkan penurunan kadar faedah tahun ini, malah ada di antaranya telah menyatakan hasrat itu.
“(Namun), kekangan terhadap hasrat itu adalah kekuatan dolar AS dan sebarang turun naik terhadap ekonomi domestik juga disebabkan oleh pengukuhan mata wang itu,”katanya pada sesi taklimat media Unjuran Pelaburan Asia 2025 Manulife Investment Management sini, hari ini.
Sementara itu, Pengurus Portfolio Kanan dan Ketua Peruntukan Aset Asia Luke Browne berkata pendekatan propertumbuhan pentadbiran baharu AS itumempunyai perkembangan positif walaupun pada masa sama masa turut menjejaskan pihak tertentu.
"Bagi saya, akan berlaku keadaanseperti pasaranyang lebih ketara dari segi kesan sekatan atau tarif.
“AS misalnya terlebih dulu menyasarkan negara jiran terdekatnya dan bagi saya,ini akan diperluaskan ke serata dunia dengan blok perdagangan lebih besar seperti Eropah dan China menjadi tumpuan seterusnya,” katanya.
Di peringkat tempatan, Pengurus Kanan Portfolio bagi Ekuiti Kenglin Tan berkata pasaran Malaysia mencatat prestasi cemerlang pada 2024, didorong terutamanya oleh sektor berkaitan teknologi yang menyaksikan pertambahan pusat data.
Beliau bagaimanapun menjangkakan Malaysia akan berdepan beberapa cabaran pada 2025, terutama dari segi pelaburan pusat data.