Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

0129c12f3c954ad6451b0d65c4b0ee5167bed110f092d 9384013ec61e832a94ff17e1987d04e567c2ef3dc95f2 Pensyarah Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Muhammad Irwan Ariffin a68121620e87527b918d63f1f8e22f346725c62bab871 Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Prof Dr Barjoyai Bardai

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Iteenews) –Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.

Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin dari Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata prestasi kukuh portfolio pelaburan KWSP itu menunjukkan daya tahandalam pasaran Malaysia.

Beliau berkata ini khususnya menarik keyakinan pelaburtermasuk pelabur asingyang boleh meningkatkan pelaburan dalam pelbagai projekyang memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia.

"Walaupun terdapat ketidaktentuan berterusan dalam ekonomi global, saya percaya KWSP tetap berada dalam kedudukan yang baik sebagai entiti pelaburan kerana strategi portfoliopelbagai tetapi seimbang yang terdiri daripada 63 peratus pelaburan tempatan dan 37 peratus pelaburan antarabangsa.

"Kedua-duanya menyumbang hampir sama kepada peratusan pendapatan pelaburan (49.7 peratus dan 50.3 peratus) kepada dana tersebut,”katanya kepada Iteenews.

Katanya, setakat ini, strategi sedemikian terbukti berkesan dalam menguruskan risiko sambil memanfaatkan peluang global.

Beliau menambah, bergerak ke hadapan, keputusan pelaburan yang berhati-hati dan pengagihan aset strategik akan menjadi kunci untuk KWSP mendepaniketidaktentuan ekonomi global.

Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak 6.30 peratus untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi 2024, menjadikan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM73.24 bilion.