Dihukum Kad Merah, Selangor FC Tetap Benam PDRM FC 3-2

Pemain PDRM FC Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zul Pathah (tengah) cuba mengawal bola dari serangan dua pemain Selangor FC pada perlawanan akhir pertama MFL Challenge Cup 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Pemain Selangor FC Ali Iyad Ali Olwan (dua, kanan) cuba mengawal bola dari serangan pemain PDRM FC pada perlawanan akhir pertama MFL Challenge Cup 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

PETALING JAYA, 15 Feb (Iteenews) — Walaupun tempang setelah dihukum beraksi dengan 10 pemain selama lebih 80 minit, Selangor FC tetap membuktikan kehebatan mereka dengan menewaskan juara bertahanPDRM FC3-2 pada aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam ini.

Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, Gergasi Merah terus melaungkan amaran awal apabila Alvin Fortes meledakkan gol pertama hasil umpanan Ronnie Fernandez seawal minit ketiga.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila, tujuh minit kemudian (minit ke-11), kapten SelangorSafuwan Baharudindilayangkan kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kekasaran terhadap penyerang PDRMShahrel Fikri Fauzi.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Selangor enggan mengalahdengan Fortes menggandakan jaringan pada minit ke-18. Namun, kealpaan benteng pertahanan membawa padah apabila Shahrel merapatkan jurang selepas berjaya menewaskan penjaga gol Selangor Kamalullah Al Hafiz Mat Rowipada minit ke-27.

Pemain pertahanan PDRMMohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Malah, PDRM hampir menambah jaringan pada masa kecederaan menerusi percubaan Fadi Mahmoud Awad Salleh, namun usahanya gagal disempurnakan dengan baik.

<!––>

Bersambung pada babak kedua, penyerang import, Ali Olwanmuncul wira Selangor apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-51, sekali gus menyaksikan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Pada minit ke-71, perlawanan terhenti seketika susulan insiden kekasaran antara penyerang SelangorMuhammad Fazly Mazlandan penyerang PDRMMohd Safiee Ahmad, yang menyaksikan Fazly terpaksa menerima rawatan sebelum perlawanan diteruskan seperti biasa.

Ketegangan semakin memuncak apabila satu lagi insiden kekasaran berlaku tiga minit kemudian, kali ini melibatkan penyerang PDRMBruno Junichiyang melakukan terjahan keras terhadap pemain pertahanan SelangorAhmad Zikri Mohd Khalili, sekali gus menambah debaran di atas padang sehingga minit akhir perlawanan.