Kredit: SMC Bandar Sunway
Dr Gan Chin Seng. Kredit: SMC Bandar Sunway
Kredit: SMC Bandar Sunway
KUALA LUMPUR, 27 Februari (Iteenews) — Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semuakawasan.
Antara paling berisiko adalah kanak-kanak dan mereka sangat terdedah kepada denggi yang teruk dengan tahap kesihatan boleh merosot secara tiba-tiba, seterusnyamenyebabkan komplikasi yang boleh membawa mautjika tidak dirawat segera.
Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Penjagaan Rapi Pediatrik di Sunway Medical Centre, Bandar Sunway Dr Gan Chin Seng berkata mengenal pasti jangkitan denggi pada kanak-kanak boleh menjadi cabaran kerana simptomnya sering kali bertindandengan jangkitan virus lain.
“Simptom biasa seperti demam, sakit kepala dan muntah bukanlah unik untuk denggi, menjadikannya sukar bagi pihak klinik dan hospitaluntuk mengenal pasti virus berkenaan tanpa ada tahap syak yang tinggi,” katanya kepada Iteenews.
Beliau menekankan jangkitan denggi perlu sentiasa menjadi antarakemungkinan jika seorang kanak-kanak itudemam berterusan tanpa sebab jelas, terutamanya di kawasan yang melaporkan kes denggi.
“Ujian darah penting untuk mengesahkan diagnosis, dengan pelbagai ujian tersedia untuk mengesan virus ini lebih awal. Namun, cabaran denggi pada kanak-kanak adalah ia boleh berkembang dengan pantas.
"Walaupun demam mungkin reda, tetapi jangan terpedayakerana ia menandakan permulaan fasa kebocoran plasma yang berbahaya. Fasa ini boleh menyebabkan tekanan darah turun dan darah tidak dibekalkan dengan mencukupi ke organ-organ penting, yang membawa kepada kejutan dan berpotensi menyebabkan kegagalan kepada pelbagai organ,” katanya.
Dr Gan berkata pengkelasan denggi telah dikemas kini dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk memasukkan “denggi dengan tanda amaran”,yang menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak mungkin berisiko lebih tinggi untuk menghidap denggi teruk.
“Tanda amaran termasuk sakit di bahagian abdomen, muntah berterusan, pengumpulan cecair di paru-paru atau abdomen, simptom pendarahan seperti gusi berdarah, rasa letih, pembesaran hati dan penurunan kiraan platlet secara tiba-tibadengan darah yang lebih pekat.