Datasonic Mahu Sedia Lebih Banyak Laluan Autogate Di Pusat Pemeriksaan Malaysia

e6f4594bb751294d853ffc65f9d1fcaa665f1825a8857

Oleh Anasathia Jenis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Iteenews) — Datasonic Technologies Sdn Bhd berhasrat menyediakan lebih banyak laluan pagar automatik atau “autogate” di pelbagai pusat pemeriksaan di negara ini.

Pengarah Urusannya Datuk Ab Hamid Mohamad Hanipah berkata, syarikat itu, iaitu anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd telah menyediakan penyelesaian autogate di seluruh negara sejak 2017.

“Hari ini, kami berbangga menguruskan lebih 150 autogate di seluruh pusat pemeriksaan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam temu bual dengan Iteenews hari ini.

Beliau berkata penyelesaian berkenaan digunakan di pelbagai pusat pemeriksaan, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2, Bangunan Sultan Iskandar dan Desaru, Johor, serta Batam, Indonesia.

Ab Hamid berkata Datasonic telah menambah baik ciri autogate itu secaraberterusan, termasuk pengenalan teknologi baharu seperti pengecaman muka dan pintu dua arah.

“Pintu dua arah ini telah ditempatkan di Desaru,” kata beliau.

Beliau berkata Datasonic turut melaksanakan peranan penting dalam menyesuaikan sistem bahagian belakang autogate sebagai antara inisiatif Malaysia untuk menyediakan kemudahan itu kepada 36 negara tambahan mulai 1 Jun tahun ini.

Ini sekali gus meningkatkan jumlahnya kepada 63 negara termasuk semua negara Kesatuan Eropah, Bahrain, Qatar, Oman, Jordan, China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *