Dasar Jelas Ekonomi Madani Bantu Malaysia Raih Pelaburan Utama Industri AI- PM Anwar

e0720e569c274f36d62933a76ff2d82e6790c7128ba28

DAVOS (Switzerland), 22 Jan(Iteenews) –Kestabilan politik dan dasar jelasEkonomi MADANItelah menggalakkan pemain utamadalam industri kecerdasan buatan (AI)termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menyediakan insentif yang mencukupi untuk menarik pelabur utamadari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China membuat pelaburan besar di Malaysia.

Beliau berkata seiring dengan kemajuan AI, kerajaan telah mengambil pendekatan menyeluruh untuk menyepadukan AI ke dalam rangka kerja nasional Malaysia, dengan memberi penekanan mewujudkan undang-undangAI yang mantap, pejabat nasional AI, dan langkah-langkah perlindungan data.

"Kami perlu merancangpelaksanaan AI nasional, pejabat AI, perundangan, perlindungan data, dan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan kami dilengkapi sepenuhnya dengan kaedahAI – mengubah sistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, teknologi blok rantai (blockchain)," kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog eksklusif khas bersemukadengan kepimpinan forum bertajuk ''A Conversation with Anwar Ibrahim'' yang dimudahcarakanoleh pengasas dan pengerusi lembaga pemegang amanah WEF Prof Klaus Schwab.

“Ia perlu dilaksanakan segera, dan kami menggerakkannya (AI) pada kadar yang lebih pantas, sebahagiannya kerana usia saya. Saya tidak mempunyai masauntuk menunggu,” ujarpemimpin berusia 77 tahun itu secara berseloroh.

–BERNAMA