Dasar Bayaran Balik Kepada Penumpang Perlu Libatkan Pihak Berkepentingan, Pengendali Lapangan Terbang – Tony Fernandes

a5ee031ea71a9be13e1b6e254fda155666d191fe6add8Kredit: AirAsia

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) –Peraturan bayaran balik baharu oleh Kementerian Pengangkutan harus melibatkansemua pihak berkepentingan termasuk pengendali lapangan terbang bukan hanya syarikat penerbangan. kataKetua Pegawai EksekutifCapital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Pada 28 Ogos lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa syarikat penerbangan dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik penuh bagi kelewatan penerbangan lima jam dan lebih kepada penumpang, berkuat kuasa 2 September depan.

Bagaimanapun, Fernandes berkata peraturan itu harus mempunyai beberapa klausa pengecualian kerana kelewatan mungkin berlaku disebabkan oleh pembekal, kawalan trafik dan gangguan teknologi maklumat (IT) dan faktor-faktor lain.

“Saya berpendapatia adalahmudah untuk menyalahkan syarikat penerbangan…terdapat banyak isu, antaranya masalah Crowdstrike baru-baru ini menyebabkangangguan sistem teknologi maklumat (IT) global,” katanya.

Gangguan sistem teknologi maklumat (IT) terbabit dikaitkan dengan firma teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat, CrowdStrike Holdings Inc yang menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

Beliau berkata demikian pada majlis pelepasanpenerbangan pertamaAirAsia ke Sabah dan Sarawak dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang), dekat sini,hari ini.

Fernandes berkata wujudisu rantaian bekalan yang besardan semua syarikat penerbangan mengalami masalah kebolehpercayaan enjin yang lemah.

“Bagaimanapun, kami tidak perlu diberitahu perkara itu (bayaran balik kepada penumpang) kerana kami sudah pun melakukannya. Justeru adalah wajar dan adil untuk penumpang membuat tempahan semula. Saya akan merasakan perkara yang sama tetapi menjalankan syarikat penerbangan adalah sukar, kami bergantung kepada pembekal untuk memberikan kami enjin dan alat ganti…sebagai contoh,” katanya.

Fernandes berkata gangguan IT global telah menyebabkan syarikat penerbangan kehilangan berjuta-juta dalam pendapatandan ia telah mencetuskan huru-hara dalam kehidupan orang ramai akibat kegagalan sistem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *