Dana Padanan RM100 Juta Galak Inovasi Pembiayaan Kewangan Islam

a7397f0776da1434f1a92b72bffea25e67126453db426–fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Iteenews) — Kerajaan menyediakan dana padanan berjumlah RM100 juta bagi mengalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataantara pembiayaan yang diperintiskan termasuklah berasaskan prinsip musharakah yang melibatkan perkongsian risiko dan keuntungan yang adil.

“Kemudahan ini tertumpu kepada projek kewangan iklim termasuk projek keterjaminan makanan dan dilaksanakan dengan padanan dana daripada institusi perbankan Islam dan pelabur swasta,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sektor kewangan Islam perlu dipacu supaya lebih berdaya cipta.

“Bagi merancakkan kajian dalam bidang ekonomi Islam, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi menyokong usaha sama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan INCEIF University dalam meningkatkan lagi kefahaman serta pemakaian nilai-nilai universal ekonomi Islam,” kata beliau.

Beliau berkata perkembangan penyelidikan dan pembangunan program akademik akan terus mencambah aplikasi ekonomi Islam dalam pembentukan dasar semasa yang selaras dengan prinsip maqasid syariah yang adil, inklusif, lestari untuk kemakmuran bersama.

Selain itu, Perdana Menteri berkata hampir keseluruhan negara dunia mengiktiraf pensijilan halal Malaysia.

Oleh itu,usaha sama Jakim Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) harus dilipatgandakan dalam memperkukuh industri halal negara dan menyokong syarikat halal tempatan, kata beliau.

“Ke arah mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, juruaudit halal Jakim akan ditambah sebanyak 100 orang lagi. Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *