Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 6Jun (Iteenews) — Dakwaan kononnya bahasa Melayu semakin terpinggir di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI disifatkan tidak berasas, malah bercanggah dengan usaha berterusan kerajaan memperkasakan kedudukan bahasa kebangsaan itu.
Penganalisis sosiopolitik Universiti MalayaProfesor MadyaDr Awang Azman Awang Pawi berkata Kerajaan MADANI dilihat lebih progresif dan konsisten dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama pentadbiran serta wacana kebangsaanselaras dengan peruntukanPerlembagaan Persekutuan.
“Dakwaan yang mengatakan bahasa Melayu semakin hilang peranannya hanyalah strategipolitik,” katanya yang mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mendakwa bahasa Melayu dan kedudukan bangsa Melayu semakin terancam di bawah kerajaan sedia ada.
Awang Azman berkatakenyataan itujuga bercanggah dengan sejarah pentadbiran Tun Dr Mahathir sendiri, khususnya ketika memperkenalkandasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003.
“Dasar itu mencetuskan kontroversi besar keranaramai pihak, termasuk Gerakan Mansuhkan PPSMImengkritik dasar ini kerana dianggap meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan.
“Jadi timbul persoalan,jika benar bahasa Melayu adalah teras identiti bangsa, mengapa dasar yang beliau laksanakan sendiri dilihat melemahkan peranannya?,” katanya.
Mengulas lanjut, Awang Azman berkata seruan menyatukan orang Melayu tidak seharusnya dijadikan alat politik semata-mata, sebaliknyaperlu disertai dengan tindakan konkrit yang konsisten dengan prinsip keadilan, inklusifdan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya sertabahasa di Malaysia.
Senada dengan beliau,Felo Majlis Profesor NegaraProf Dr Azmi Hassan turut berpandangan inibukan kali pertama Tun Dr Mahathir menggunakan isu ‘orang Melayu’ dalam mencapai objektif politiknya.