Cyberview Perkukuh Kedudukan CCC Dengan Pemilikan Penuh Dalam CSBD

120fb053fc24c5839912e534a4c1b55f67dd766b8a513

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Iteenews) –Cyberview Sdn Bhd memperkukuhkedudukannya dalam pembangunan Cyberjaya City Centre(CCC) dengan mengambil alih 100 peratuspegangandalam CSB Development Sdn Bhd (CSBD), selepas pengambilalihan saham daripada MRCB Land.

Cyberview dalam kenyataan hari ini berkata CSBD kini menguasai kawasan tanah terbesar dalam pembangunan CCC dan membuka potensi yang lebih besar untuk perancangan jangka panjang, penggunaan tanah secara strategik sertapenciptaan nilai.

“Kedudukanutama ini bagi memastikan kesalinghubungan yang lancar selainakses kepada infrastruktur yang kukuh, mengukuhkan daya tarikan CCC sebagai pembangunan yang bersedia untuk masa depan,” kata Cyberview,pemaju utama Cyberjaya.

CSBD kini memegang 27.1139 hektar tanah pegangan bebasyang terletak secara strategik dalam Pembangunan Berorientasikan Transit di CCC.

Cyberview juga berkatapendekatan terperinci projek ini direka bagipenyesuaiandan tahan lasakdengan mengintegrasikan infrastruktur digital, perancangan bandar lestari dan inovasi terkini.

Syarikat itu berkata kerja-kerja fizikal bagi projek CCC boleh bermula seawal tahun depandengan pembangunan sementara dirancang untuk mengaktifkan kawasan sekitar Stesen Cyberjaya City Centrebagi Transit Aliran Massa (MRT).

Inisiatif awal ini juga disasarkan untuk meningkatkan keceriaan kawasan tersebut serta menarik minat daripada pelabur dan perniagaan yang berpotensi, kata Cyberview.

"Dengan penekanan yang kukuhterhadap kelestarian dan kemajuan teknologi, Cyberview menyasarkan untuk menjadikan CCC sebagai hab berimpak tinggi untuk perniagaan, syarikat multinasional dan industri berasaskan teknologi.

"Inisiatif ini bukan sahaja akan mempercepatkan perubahan Cyberjaya supaya menjadi ekosistem teknologi dan inovasi bertaraf dunia, tetapi ia juga akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi digital global," katanya.