CPOPC Alu-alukan Papua New Guinea Sebagai Negara Anggota Keempat

2851c03b69145ba7a418edf956433cf367767546521b8Kredit: Facebook Council of Palm Oil Producing Countries

KUALA LUMPUR, 2 Jan(Iteenews) — Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengalu-alukan kehadiran Papua New Guinea yang kini rasmi sebagainegara anggota keempatnya.

Dalam kenyataannya hari ini, CPOPC berkata penyerahan insrumen dalam majlis hibrid di sektretariatnya di Jakarta, Indonesia, juga menandakan selesainya proses permohonan rasmi yang telah dikemukakan pada 27 Okt, 2020.

Pada majlis itu, Papua New Guinea telah diwakili olehKaunselor Menteri di Kedutaan Papua New Guinea di Jakarta, Indonesia, Gregory Hombuahin dan Setiausaha Agung Perbadanan Industri Kelapa Sawit Papua New Guinea, Kepson Pupita.

Setiausaha Agung CPOPCDr Rizal Affandi Lukman berkata pengalaman besar Papua New Guinea dalam aspekpenanaman minyak sawit dan komitmennya dalam memupuk pertumbuhan ekonomi, dijangka dapatmeningkatkan lagi matlamat bersama dengan CPOPC.

“Penyertaan pada hari ini adalah bukti kepada matlamat penyatuan CPOPC. Secara bersama, kita dapat meningkatkan lagi suara bersama di pentas antarabangsa, mempromosi pembangunan saksama dan lestari dalam sektor minyak sawit,” katanya.

Sementara itu,Hombuahin berkongsi kegembiraan negara itu menjadi sebahagian daripada CPOPC ketika badan itu mengetengahkan nilai-nilai kelestarian dan pertumbuhan yang berteraskan komuniti.

“Kita komited untuk bekerjasama dengan rakan negara anggota bagi membangunkan masa depan lebih cerah untuk industri minyak sawit,” katanya.

CPOPC berkata sebagai negara anggota, Papua New Guinea mempunyai keistimewaan dalam aspek menyertai Mesyuarat Menteri dan Mesyuarat Pegawai Kanan CPOPC untuk memberihala tuju dan panduan dasar selain menyokong dan meluluskan strategi, program dan pelan tindakan bagi kemajuan industri sawit.

“Susulan penyertaanPapua New Guinea sebagai negara anggota, Nigeria dan Republik Demokratik Congo sebagai negara pemerhati, CPOPC kini memantau 88.8 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global, sekali gus membuktikan peranan pentingnya dalam membentuk masa depan industri," katanya.