KUALA LUMPUR, 31 Jan(Iteenews) –Citaglobal Bhd (Citaglobal) menerusi anak syarikat milik penuhnyaSinergi Dayang Sdn Bhd (Sinergi Dayang) membeli sebidang tanah seluas6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
Citaglobal yang terbabit dalam pelbagai industri daripada tenaga kepada pembangunan hartanah berkata hari ini Sinergi Dayang memeterai perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk membeli tanah pegangan pajakan selama 99 tahun daripadaBank Islam Malaysia Bhd.
“Lokasi tanah yang strategikdan mudah diaksesberhadapan jalan utama iaitu Jalan Tun Razak dan berdekatandengan infrastruktur pengangkutan awam, menjadikannyalokasi pilihan ramaidi Kuala Lumpur.
“Memandangkan masalah kekurangan tanah komersial yang luas dan berkedudukan baik di dalam bandar, lembaga pengarah yakin pembelian ini adalah satu peluang strategik bagi pertumbuhan dan penjanaanhasil bagi tempoh jangka panjang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Antara mercu tanda terkenal di sekitarnya termasuk Pusat Perubatan Prince Court, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara (IJN).
Citaglobal berkata pembelian tanah itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank daripada institusi kewangan.
Cadangan pembelian itu dijangka selesaidalam tempoh tiga bulan daripada tarikh SPA menjadi tidak bersyarat.
Katanya, ketikainitanah tersebut disewakan kepadaTJM SdnBhd berdasarkan perjanjian penyewaan bertarikh 28 Ogos, 2019.
— BERNAMA