Citadel Group Kembangkan Sayap Ke Indonesia, Komited Dalam Pembangunan Nusantara

6f7485c51c0792b4ceb20ba0a94409ad679793d0ab986

KUALA LUMPUR, 27 Jan(Iteenews) –Citadel Group mengumumkan pengembangannya ke Indonesia dengan penubuhan PT Citadel Group Indonesia di Jakarta.

Pengarah Urusan Citadel GroupFred Chan berkatalangkah itu menandakan peristiwa penting dalam pertumbuhannya memandangkan syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global sambil mengekalkan identiti ASEAN yang kukuh.

Sebagai sebahagian daripada pertumbuhan strategiknya, Citadel Group telah menandatangani surat hasrat untuk menyatakan komitmennya menerajui inisiatif pembangunan tanah yang transformatif dan pendigitalan dalam projek Ibu Kota Nusantara (IKN) di Indonesia. Syarikat itu merancang untuk membangunkan kawasan kediaman sebagai sebahagian daripada sumbangannya kepada projek mercu tanda berkenaan.

Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (OIKN) turutmengesahkan penglibatan Citadel, menjadikannya pelabur asing kedua dalam usaha niaga bersejarah ini.

“Penglibatan kami dalam Nusantara mewakili lebih daripada sekadar pelaburan, ia adalah ikrar untuk memupuk inovasi dan mengukuhkan hubungan serantau. Di Citadel, kami dipacu oleh misi untuk mencipta peluang yang memberi kesan dalam meningkatkan komuniti dan membentuk masa depan yang lebih cerah untuk ASEAN,” kata Chan dalam satu kenyataan.

Citadel Group merupakan nama terkemuka dalam kewangan digital, menawarkan produk dan perkhidmatan kekayaan patuh Islamdengan kepakaran berlesen.

Anak syarikat utamanya, Citadel Technologiesjuga telah mencapai kemajuan yang ketara, memperoleh dua pensijilan berprestij—ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 27001:2022 untuk Pengurusan Keselamatan Maklumat.

Chan berkata pensijilan itumencerminkan dedikasi syarikat untuk menegakkan standard kualiti dan keselamatan tertinggi dalam transformasi digital dan perkhidmatan pengurusan kekayaannya.

Sementara itu,di Malaysia, Citadel Technologies terus memacu inovasi melalui perkongsian, termasuk kerjasama penting dengan Kelab Bola Sepak Selangor dalam kewangan digital dan pelancaran aplikasi pelancongan Islam yang akan datang.