CIMB Bekerjasama Dengan CGC Tawar Pembiayaan Tambahan RM1.5 Bilion Untuk PKS

9b9c868189759bfd911f0f25e4b48a8e66fbcbd30e8a5 Kredit: CIMB Bank Bhd 6070e530c3462dd880d69496eb046c3166fbcc00a5a85 Kredit: CIMB Bank Bhd

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Iteenews) –CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Bank)telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menawarkan pembiayaan tambahan RM1.5 bilion melalui skim jaminan portfolio kepadaperusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Komersil dan Transaksi Kumpulan Perbankan CIMB,Ahmad Shazli Kamarulzamanberkata perkongsian itu menjadikan pembiayaan modal kerja semasa bank berkenaan kepada RM6.5 bilion memandangkan ia menyokong PKS dengan skop pembiayaan yang lebih luas dalam penerimaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pendigitalan serta pelaburan dalam teknologi strategik .

“Pembiayaan RM6.5 bilion dengan CGC adalah sebahagian daripada komitmen pembiayaan keseluruhan CIMB bagi menyokong pembangunan PKS dari 2019 hingga akhir 2024. Dengan itu, CIMB berada di landasan untuk melangkaui RM50 bilion (dalam pembiayaan) pada tahun ini, yang mencerminkan komitmen kami terhadap sektor tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perkongsian itu di sini hari ini.

Ahmad Shazli menyifatkan tambahan RM1.5 bilion itu sebagai "cuplikan sesuatu yang lebih besar" memandangkan bank itu akan mengkaji bagi menyediakan lebih banyak kemudahan pada masa hadapan. "Kami juga akan menghasilkan produk yang berbeza dalam sokongan kami ke atas PKS pada masa hadapan,"katanya.

Lawrence Loh, yang memegang jawatan sama seperti Ahmad Shazliberkata selain pembiayaan, kumpulan perbankan itu juga mahu mendidik serta membolehkan PKS untuk bersaing dalam landskap perniagaan yang semakin berkembang, khususnya pendigitalan. “Jadi, ini adalah sesuatu yang kami mahu usahakan dengan semua PKS, bersama-sama CGC, bagi mendidik perniagaan untuk bergerak ke hadapan. Kami juga telah melabur dalam platform baharu untuk menambah baik perjalanan pelanggan kami, yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam ucapannya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Zamree Mohd Ishak melahirkan keyakinan bahawa kerajaan akan terus menyokong PKS dengan peruntukan melalui belanjawan akan datang, bagaimanapun beliau mencadangkan peruntukan itu perlu lebih disasarkan untuk mencapai kumpulan yang sesuai.

“Daripada apa yang kami saksikan dahulu dalam belanjawan, kerajaan sangat menyokong PKS, dan saya rasa trend ini akan berterusan. Bagaimanapun, saya percaya bantuan itu harus lebih disasarkan selain diberikan kepada mereka yang memerlukan. Terdapat ramai orang yang tidak memerlukan sokongan tetapi menerimanya,” tambah beliau.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *