CBB BSN Ke-11 Jangka Dibuka Di Kelantan Tahun Depan

6044a43fc45aaa99bcd9e2320a17918b66dd5c010092ePengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin (kanan) bersalaman bersama Ejen Bank BSN Wee Gi Chong selepas lawatan bersempena ulang tahun ke-50 BSN di Ejen Bank (EB) BSN, Sinar Mentari hari ini.

PASIR MAS,8 Sept (Iteenews) — Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) Bank Simpanan Nasional (BSN) dijangka dibuka di Gua Musang, Kelantan pada Jun atau Julai tahun depan.

Pengerusi BSN Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata perkhidmatan CBB menggunakan kenderaan berkapasiti tiga tan yang telah diubah suai itu bertujuan menyantuni setiap rakyat khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman Gua Musang untuk memenuhi keperluan kewangan dan akses bagi urusan perbankan.

“Perkhidmatan yang disediakan CBB BSN seperti pengeluaran tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM), pembukaan akaun Kad Debit/i BSN Visa, simpanan tunai, pembayaran bil utiliti, pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN dan lain-lain urusan.

“CBBjuga dapat memudahkan urusan pengeluaran wang bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan kepada mereka seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ejen Bank BSN Sinaran Mentari di sini, pada Ahad.

Beliau berkatapihaknya sentiasa komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negara ini selari dengan visinya ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’.

“Sejak dilancarkan pada 10 Mei, 2021, sebanyak sembilan CBB BSN beroperasi di Sabah dan Sarawak, manakala satu di Pahang.

“BSN merancang untuk memperluas CBB ke serata pelosok negara bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam menikmati akses perbankan yang menyeluruh,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *