Capitaland Malaysia Trust Catat Untung Bersih RM187 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

15565b08dde3a211beffe7227de3f21164bfcd273bfe9

KUALA LUMPUR, Jan 22 (Iteenews) –Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.

Bagi tempoh yang sama, hasil turut meningkat kepada RM454.76 juta daripada RM395.39 juta sebelumnya.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peningkatan itu disebabkan sumbangan setahun penuh daripada Queensbay Mall (QBM) selepas selesaipengambilalihannya menjelang akhir suku pertama (S1) TK2023.

"Semua pusat beli-belah lain dalam portfolio CLMT juga mencatatkan peningkatan dalam hasil kasar setelah pengembalian kadar sewa yang positif dan penghunian yang lebih tinggi," kata syarikat itu.

Pendapatan hartanah bersih untuk TK2024 ialah RM263.9 juta, meningkat sebanyak RM46.5 juta atau 21.4 peratus daripada pendapatan hartanah bersih TK2023 sebanyak RM217.4 juta.

Pada suku keempat (S4) TK2024, syarikat mencatatkan keuntungan bersih yangrendah sebanyak RM89.97 juta, berbanding RM94.12 juta pada tempoh yang sama bagi TK2023.

Bagaimanapun, hasil bagi S4 TK2024 meningkat kepada RM119.98 juta daripada RM108.51 juta pada S4 TK2023, dipacu oleh hasillebih tinggi yang direkodkan oleh kebanyakan hartanah dalam portfolio CLMT disebabkan pengembalian kadar sewa yang positif, penghunian yang lebih tinggi dan pengiktirafan RM5.6 juta dalam pendapatan pajakan belum terima yang belum dibil.

“Perbelanjaan operasi hartanah untuk S4 TK2024 ialah RM47.5 juta, peningkatan sebanyak RM2.0 juta atau 4.4 peratus berbanding S4 TK2023, disebabkan perbelanjaan untuk pemasaran dan kos tenaga kerja yang lebih tinggi.

“Pendapatan hartanah bersih untuk S4 TK2024 ialah RM72.5 juta, peningkatan sebanyak RM9.5 juta atau 15 peratus berbanding S4 TK2023 iaitu sebanyak RM63.0 juta,” tambahnya.