SEPANG, 10 Mac(Iteenews) — Capital A Bhd menyasarkeluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusanpemegang saham dan Mahkamah Tinggi.
Pada 7 Mac, Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan pelan penstrukturan semulaCapital A, yang membuka ruang kepada syarikat itu untukkeluardaripada status PN17.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk pemegang saham dan pemegang sekuriti hutang Islam tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (RCUIDS) pada April depan.
“Kami akan mengeluarkan pekeliling kepada pemegang saham mengenai pelan yang kamikemukakan untuk kelulusan daripada Bursa. Kemudiannya, kami akan mengadakan EGM untuk pemegang saham meluluskan rancangan itu, yang saya harap akan berlangsung pada pertengahan April.
"Apabila diluluskanpemegang saham,pelan pengurangan modal kamiakan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kelulusan," katanya kepada media selepas programCapital A – Next Chapter hari ini.
Menurutnya, kelulusan Mahkamah Tinggidiperlukan sebagai pengesahan undang-undang untuk langkah penstrukturan semula syarikat yang seterusnya.
Kelulusan itu juga akan mengesahkan pelaksanaan pengurangan modal Capital A, yang merupakan langkah penting dalam rancangannya untuk mengagihkan saham AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) kepada para pemegang sahamnya.
Pada masa depan, Fernandes berkata Capital A akan memberi tumpuan kepada perniagaan bukan penerbangan di sampingmemegang 18 peratus kepentingan dalam penerbangan.
Beliau berkata sebaik sahaja CapitalA keluar daripada status PN17, syarikat ituakan memanfaatkan peluang pertumbuhan baharu dan menyediakan syarikat akses lebih besar kepada pasaran modal.