Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

3462f08c6e848c8b8ceeb452af2c443f621cfe1fb1ab6

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept(Iteenews) — Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeteraikerjasamastrategik bagiperniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

GMF adalah anak syarikatPT Garuda Indonesia (Persero) Tbk.

Menerusiperjanjian itu, ADE akan memegang 49 peratus kepentingan dalam usaha sama tersebutyang merupakanpencapaian penting bagi kedua-dua syarikat apabila mereka menggabungkan kekuatan masing-masinguntuk menetapkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan peralatan pendaratan di seluruh Asia Tenggara.

"Usaha sama itu akan membolehkan kedua-dua syarikat meningkatkan volum dan menjadi salah satu kemudahan penyenggaraanperalatanpendaratan utama di dunia, bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada Garuda dan AirAsia tetapi juga syarikat penerbangan lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata demikian semasa majlismenandatangani kerjasama tersebutdi luar acaraPertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024 (BIAS) yang julung kalinya diadakan di sini, hari ini.

Pelaburan ini membolehkan ADE dan GMF meluaskan tawaran perkhidmatan mereka dan memanfaatkan pasaran peralatanpendaratan yang semakin berkembang di Asia Tenggara, dengan menggunakan keupayaan kejuruteraan ADE dan kepakaranGMF yang mantap.

Kerjasama itu, yang merupakan kesinambungan daripadaperkongsian antara Capital A dan Garuda yang pertama kali diumumkan pada September 2023, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian peralatan pendaratan bertaraf dunia kepada syarikat penerbangan di seluruh rantau ini.

“Kedua-dua syarikat adalah peneraju dalam penyenggaraanpesawat, dan kini kami berkembang ke dalamperkhidmatan komponen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *