KUALA LUMPUR, 28 Nov (Iteenews) — Keuntungan bersih Capital A Bhd bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024, melonjak ketara dengan mencecah RM1.64 bilion berbanding kerugian bersih sebanyak RM102.75 juta, setahun lepas.
Perolehannya menokok sebanyak 17 peratus kepadaRM4.93 bilion, berbanding RM4.23 bilion sebelum ini, didorong oleh pemulihan permintaan perjalanan udara di peringkat domestik dan antarabangsa.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penerbangan itu berkata pada suku ketiga2024, 85 peratus daripada perolehan kumpulan disumbangkan oleh segmen penerbangan manakala baki 15 peratus daripada logistik, digital dan perniagaan lain.
“Kumpulan melaporkan pendapatan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM639.8 juta pada suku ketiga 2024 berbanding RM448.0 juta pada tahun sama 2023,”katanya.
Bagi tempoh selama sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2024, keuntungan bersihnyameningkat kepada RM1.09 bilion daripada RM600 juta manakala perolehan menokok kepada RM15.04 bilion daripada RM9.91 bilion sebelum ini.
Mengulas prospek, kumpulan itu menjangkakan tambang lebih tinggi sertafaktor beban muatan melebihi 85 peratus, didorong oleh permintaan bermusim perayaanserta pemulihan 84 peratus daripada kapasiti pra-COVID.
“Bagi suku keempat, kumpulan akan terus mengembangkan kapasiti pesawat dengan pengenalan empat pesawat jenisA321neo di Malaysia dan sebuah di Thailand. Pengembangan ini akan melonjakkan kapasiti operasi.
“Selain itu, kami juga teruja untuk melancarkan 18 laluan penerbanganbaharu, memacu peningkatan kapasiti dua digit di Malaysia dan Thailand selain sektor antarabangsa di Indonesia," katanya.
Capital A juga menyifatkan pengembangan itu sebagai tepat pada masanya bagi memanfaatkan permintaan perjalanan yang kukuh dan berterusan pada masa puncak di China dan Indiaserta perayaan akhir tahun di peringkat global.