Capital A Dijangka Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Suku Pertama 2025 — Fernandes

0943122c36beca12f904ee984aeccd1567693bc1a4d82Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes

SEPANG, 23 Dis(Iteenews) –Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinyakepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata kumpulan itu mengemukakan pelan tersebut, yang antara lainnya, termasuk penguranganmodal sebanyak RM6 bilion, namuntidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau mengurangkan manfaatpekerjanya.

“Pelan regularisasi itu adalahuntuk mengukuhkan lembaran imbangankami dengan menghapuskan kerugian yang ditanggung semasa pandemik COVID-19 dan mencerminkan nilai sebenar aset pendasar kami dalam CapitalA.

“Saya berharap menjelang Februari atau Mac (tahun depan), AirAsia Group akan menjadisyarikat baharu dan CapitalA keluar daripada statusPN17.

“Ia satu pelan yang mudah hanya pengurangan modal. Jadi saya harap Bursa Malaysia akan menimbang dengan sewajarnyadan meluluskannya dengan segera,” katanya kepada media selepas majlis sambutan Krismas dan pengumuman khas AirAsia MOVE, di sini, hari ini.

Fernandes berkata pelan itu merupakan pencapaian Capital A dalam mengukuhkan kedudukan kewangandan mencerminkankomitmennyauntuk memacu pertumbuhan jangka panjang kumpulan.

“Tidak banyak syarikat yang berjaya keluar daripada (status)PN17, dan syarikat yang berjaya melakukannya selalunya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapainya.

“Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih luar biasa adalahkami mencapainya ketikaberdepan dengancabaran yang belum pernah terjadi sebelum iniyang disebabkan olehCOVID-19.

“Apabila pelan itu diluluskan kelak, CapitalA akan mengikuti jejak langkahAirAsia X yang berjaya keluar daripada status PN17 hampir setahun lalu,” katanya.