Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying
KUALA LUMPUR, 20 Feb(Iteenews) — Cadangan pelaksanaan subsidi untuk pembangunan produk perlindungan asasinsurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) memerlukan kajian yang mendalam termasuk impak jangka panjang ke atas kos kesihatan menyeluruh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Cadangan ituperlu mengambil kira keadaan kewangan kerajaan, kos premium dan manfaat perlindungan, beban penyakit dan kos penjagaan kesihatan, kemampanan jangka panjang polisi tersebut dan lain-lain lagi, kata Lim.
"Pembangunan produk asas MHIT adalah penting untukmemastikan akses berterusan kepada penjagaan kesihatan swasta.
"Kemampanan produk asas MHIT ini juga akan dipertingkat melalui langkah-langkah pengawalan yang lebih kukuh dalammembendung inflasi kos perubatan," kataLim pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab usul dikemukakan Chiew Choon Man (PH-Miri) yangmencadangkan skim insurans perubatan mampu milik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Setakat 31 Dis, 2024, seramai 153,618 ahli KWSP telah memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan daripada Akaun Sejahtera (dahulunya Akaun 2) bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung.
Jumlah pengeluaran terlibat adalah sebanyak RM51 juta sejakdiperkenalkan pada Julai 2022 sehingga Disember 2024.
Mengulas mengenai produk asas MHIT, Lim berkata ia akan diseragamkan bagi memudahkan pengguna memahami ciri-ciri asas produk, liputan manfaat dan had produk tersebut.
Ini juga akan membantu pengguna membuat perbandingan dengan produk-produk lain dan seterusnya membuat keputusan kewangan yang termaklum.