–fotoBERNAMA (2024)
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Iteenews) –BYD Auto Industry CoLtd (BYD)melantik Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd sebagai pengimport rasmi manakalaBYD Malaysia Sdn Bhd (BYD Malaysia) sebagai pengedar rasmi untuk Denza, sebuah subjenama premium BYDdi Malaysia.
BYD dalam satu kenyataan hari ini berkata, subjenama kenderaan elektrik (EV)mewahnya itubersedia membawa dimensi baharu kepasaran EV Malaysia dengan teknologi premium, ciri dan pengalaman pemanduan termaju.
“Melalui Denza, BYD menyasarkan untuk menyediakan rakyat Malaysia pengalaman EV yang pelbagai, inovatif dan premium,” katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia-Pasifik,Liu Xueliangberkata syarikat itu berbangga membawa teknologi EV canggihke Malaysia sewaktupermintaan untuk mobiliti mampan itu terus berkembang.
“Dengan Denza, kami akan dapat menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan melalui teknologi dan ciri premium kami dalam industri EV. Kami percaya Denza akan mentakrifkan semula pengalaman EV premium dan menetapkan standard baharu bagi pemandu Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pemasangandan Perniagaan Strategik Sime Darby MotorsDennis Ho berkata syarikat itu komited untuk memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan EV di Malaysiadengan membawa Denza sebahagiansignifikan dalamperjalanan itu.
Pengarah Urusan BYD MalaysiaEagle Zhaopula berkata Denza menawarkan pilihan premium kepada pemandu Malaysia yang mencerminkan kemewahan dan kemampanan.
“Penggunaanpesat EV di sini adalah bukti kemajuan negara dalam menerimamasa depan yang lebih bersih dan hijau. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perubahanini dalammemperluaskan tawaran yang pelbagai sertapenyelesaian inovatif kamidalam memenuhi keperluan segmen pemandu yang baharu,” katanya.
— BERNAMA