Buruh Maut Langgar Pacuan Empat Roda Keluar Simpang Mengejut

Kredit: PDRM

BANDAR PERMAISURI, 31 Dis (Iteenews) — Seorang buruh maut apabila kereta Proton Wira dipandunya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang keluar dari simpang secara mengejut di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu SuptMohd Zain Mat Dris berkata mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Nor Azmi Daud, 46, cedera parah.

“Polis menerima maklumat mengenai kemalangan terbabitpada 8.30 malam dan kejadian dikatakan berlaku ketika kenderaan Isuzu D-Max dipandu seorang lelaki berumur23 tahun bersama seorang penumpang dalam perjalanan untuk keluar dari simpang rumahnya di Kampung Rahmat, Felda Chalok menuju ke jalan utamamanakala kereta mangsa dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan Isuzu D-Max keluar secara mengejut dari simpang untuk ke jalan utama, lalu dilanggar oleh Proton Wira dipandu mangsa yang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telahdihantar ke UnitForensik Hospital Setiu untuk bedah siasat sementara rakannya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantanmanakalapemandu serta penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Zain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA