Bursa Malaysia Semak Semula Syarat Penyenaraian Sejajar Dengan NSRF

2d94f8d094de0bd3a279dc8e494110916694bb7ca833b

KUALA LUMPUR, 24 Sept(Iteenews) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan untuk mengukuhkan pelaporan kemampanan di Pasaran Utama dan bagi Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran ACE, sejajar dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).

NSRF itu dilancarkan oleh Menteri Kewangan IIDatuk Seri Amir Hamzah Azizan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini.

Ia bertujuan untuk memberi tumpuan kepada penggunaan Piawaian Pendedahan KemampananPiawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) yang dikeluarkan olehLembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa(ISSB), terutamanya IFRS S1 Keperluan Am untuk Pendedahan Maklumat Kewangan berkaitan Kemampanan dan IFRS S2 Pendedahan Berkaitan Iklim (PiawaianISSB).

Menurut Bursa Malaysia dalam kenyataan, ia mencadangkan untuk menghendaki penerbit yang disenaraikan menyediakan penyata kemampanan mereka mengikut Piawaian ISSB, dilengkapi dengan pendedahan sedia ada yang berkaitan dalam rangka kerja pelaporan kemampanan yang diperkenalkan pada September 2022.

“Penggunaan Piawaian ISSB akan dilaksanakan secara berperingkat, dilengkapi dengan langkah bantuan yang bersesuaian untuk memudahkan pematuhan oleh penerbit yang disenaraikan,”katanya.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia juga sedang mendapatkan maklum balas mengenai dua perkara lain dalam semakan semula LRberkaitan kaedah pelaksanaan mesyuarat agung dan penerbitan nama penasihat tawaran awam permulaan dalam dokumen awam penerbit yang disenaraikan untuk tempoh tertentu.

Katanya cadangan pindaan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan bursa untuk memastikan penerbit yang disenaraikanmenerima pakai amalan kemampanan yang berkembang pesat di seluruh duniadan LR kekal sesuai dalam memenuhi keperluan pelabur dan pihak berkepentingan yang berubah-ubah.

Butiran lanjut mengenai kertas perundingan dan cadangan pindaan terhadap LR boleh didapati di https://www.bursamalaysia.com/regulation/public_consultation.

Bursa Malaysia mengalu-alukan pandangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan pindaan tersebut dan mereka boleh mengemukakannya sehingga 25 Okt 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *