Bursa Malaysia Naik Bagi Hari Keenam, IK Raih 0.28 Peratus Pada Akhir Dagangan 2024

f74c35888a8bfe1571a342a706cfe93f668e7d1365fa4

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Iteenews) — Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gusmenyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.

Pada 5 petang ini, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.65 mata ke paras 1,642.33 berbanding 1,637.68 pada akhir dagangan semalam – peningkatan untuk hari keenam berturut-turut.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat0.75 mata pada1,638.43 dan bergerak dalam julat 1,632.85 hingga 1,644.54 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluasbagaimanapun menyaksikan senario berbeza dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu515 berbanding 485 manakala 550 kaunter tidak berubah, 839 tidak diniagakan dan 43 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.41bilion unit bernilaiRM2.06 bilion daripada 2.55 bilion unit bernilaiRM2.09 bilion, semalam.

Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran Asia mengakhiri dagangan terakhir tahun ini dalam sentimen berhati-hati, diselubungi ketidaktentuan berkaitan trajektori Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bagi 2025 dan strategi perdagangan yang bakal dilaksanakan oleh Rumah Putih susulan pelantikan rasmi Presiden Donald Trump.

“Bagaimanapun, FBM KLCI mencatat prestasi berbeza dengan pasaran serantau yang keseluruhannya susut, susulan impak kenaikan indeks pengurus pembelian (PMI) pembinaan dan perkhidmatan China pada Disember.

“Data yang dilihat sebagai positif untuk pengeksport komoditi seperti Malaysia, berkemungkinan menyumbang kepada peningkatan sederhana di peringkat indeks dan menunjukkan daya tahan pasaran tempatan di tengah-tengah ketidaktentuan serantau yang lebih ketara,”katanya kepada Iteenews.