Bursa Malaysia Menyinar Pada 2024, Indeks Komposit Dijangka Cecah 1,800 Tahun Depan

1af3fa7ae5e5da776235941fa8048d6e6773d40e46723

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Dis(Iteenews) — Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkanprestasi memberangsangkanpada 2024,mencapaibeberapa kejayaanpenting yang menyediakanasas kukuh bagiindeks utama untuk melepasiparas1,800 tahun depan selain jangkaan 50 penyenaraian baharu.

Petunjuk pasaranFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri tahun ini dengan mencatatkan peningkatan 12.90peratus dalam tempoh 52 minggu, menjadikan Bursa Malaysia sebagai bursa berprestasi kedua terbaik di Asia Tenggara, selepas Singapura.

Bursa tempatan itu juga merekodkanterbitan Tawaran Awam Permulaan (IPO) tertinggi yang pernah dicapainyadan mencatatkanpermodalan pasaranmelebihi paras RM2 trilion buat kali pertama pada Mei.

Bagi saham individu, 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd melonjak14 peratus semasa dagangan sulungnya, menjadikannyaIPO terbesar dalam tempoh tujuh tahun sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan pada 2017.

Ini merupakan IPO ke-34 Bursa Malaysia pada tahun ini, mengukuhkan kedudukan negarasebagai pasaran IPO paling aktif di Asia Tenggarapada 2024.

Menurut data daripada Bloomberg, saham yang paling banyak didagangkan di Bursa Malaysia sejak 12 bulan lepastermasuklah My EG Services, Velesto Energy, Hong Seng Consolidated, Top Glove Corporation dan TWL Holdings.

Setakat hari ini, sebanyak 53.04juta saham My EG telah diurusniagakan, diikuti Velesto Energy (43.74juta), Hong Seng Consolidated (37.62juta), Top Glove Corporation (35.98juta) dan TWL Holdings (35.46juta).

Bursa Malaysia meraih pencapaian penting pada 2024, dengan 55 IPO disenaraikan di bursa itu – bilangan penyenaraian tertinggi dalam tempoh 19 tahun lepas, melepasi sasaran awal 42 IPO.