Bursa Malaysia Kekal Momentum Peningkatan Pada Akhir Dagangan

5d81eed10c890cc22051bae3bfcf85956715c02deb85e

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) –Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin,didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaranprestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.

CIMB danPublic Bank menambah16 sen dan7.0 sen, masing-masing kepada RM8.38 danRM4.45dengan sumbangan gabungan sebanyak 5.21 mata kepada kenaikan indeks penanda aras.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.67mata atau 0.48peratus kepada 1,597.45daripada paras 1,589.78ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk utama itu yang dibuka 4.09mata lebih tinggi kepada 1,593.87, bergerak dalam julat 1,588.46hingga 1,609.29sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 540berbanding 501manakala 479kaunter tidak berubah, 944tidak diniagakan dan 28yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkatkepada 3.01bilion unit bernilai RM5.40bilion berbanding 2.59 bilion unit bernilai RM2.28bilion pada Jumaat.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup tinggi hari ini, melepasi paras psikologi 1,600 semasa sesi dagangan apabila minat jangka pendek dalam ekuiti muncul berikutan pembetulan harga baru-baru ini.

“Bagaimanapun, tekanan jualan pada saat-saat akhir mendorong indeks kembali turun di bawah 1,600 walaupunBursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah positif.