Bursa Malaysia: Invest Malaysia Dijangka Tarik Lebih 500 Delagasi, AUM Lebih RM56.7 Trilion

d27bec80802b9a9f6d2fc3bceba552cf668e1a055171c

KUALA LUMPUR, 23 Sept(Iteenews) — Persidangan Invest Malaysia 2024 dijangka menarik Lebih 500 delegasi termasuk pelabur berpendapatan tetap, pelabur ekuiti dan ekuiti swasta asing dengan dengan gabungan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi RM56.7 trilion.

Dalam satu kenyataan hari ini,Bursa Malaysia Bhd berkata edisi kali ini akan dianjurkan bersamaMaybank, CIMB Securities danHSBC Malaysia diIskandar Puteri, Johor Bahru pada 26 Sept, 2024.

"Ia merupakan penganjuran edisi kelima Invest Malaysia, susulan edisi terdahulu di Melbourne (Mac), China (secara maya, April), Singapura (Ogos) dan Hong Kong (September).

"Bertemakan‘Where Policy Meets Progress’, persidangan itu menampilkanIskandar Puteri sebagai gerbang masuk utama selatannegara ini dengan tumpuan kepada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dan insentif menarik yang lain untuk pelabur," katanya.

Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan persidangan berkenaandanmenyampaikan ucaptamanya.

Ketua Pegawai EksekutifBursa MalaysiaDatuk Muhamad Umar Swift berkata kehadiran Anwar ke persidangan itu dijangka menarik pelabur asing dan tempatan dari Malaysia dan seberangtambak, menawarkan pandangan berkaitan landskap makroekonomidan prospek pasaran Malaysia, terutamanya di Johor.

“Invest Malaysia kekal sebagai acara utama dalam kalendar korporat di Malaysia yang mencetuskan perbincangan bermaknadan meningkatkankeyakinanpelabur dalam pasaran kita.

“Kerjasama dengan rakan kongsi broker seperti Maybank, CIMB dan HSBC Malaysiamenyerlahkan komitmen pasaran modal terhadap peluang pelaburan dan pertumbuhan negara,” katanya.

Muhamad Umar berkata siri perbincanganini akan menawarkan komuniti pelaburan global penghargaan yang lebih tinggi dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kelebihan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *