Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt(Iteenews) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suaramenunjukkan persainganyang sangat sengit.
Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 13.20 mata atau 0.82 peratus kepada 1,601.88 daripada paras penutup1,615.08 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.18 mata kepada 1,614.90 dan bergerak antara paras 1,601.45 dan 1,615.36 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 671 berbanding 363, manakala 474 kaunter tidak berubah, 984 tidak diniagakan dan 123 digantung.
Jumlah dagangan meningkatkepada 2.52 bilion unit bernilai RM2.96 bilion daripada 2.48 bilion unit bernilai RM2.26 bilion pada Selasa.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, walaupun terdapat berita korporat yang positif daripada gergasi teknologi di AS, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan hala tuju yang jelas di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung keputusanpilihan raya dan pendirian Rizab Persekutuan AS(Fed).
Para peniaga juga mengambil pendekatanberhati-hati sementara menunggu data lanjutan keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS lewat hari ini, keputusan dasar monetari Bank of Japan pada Khamis dan mesyuarat badan perundangan tertinggi China pada 4-8 Nov, yang mungkin mengumumkan rangsangan fiskal selanjutnya.
“Namun begitu, kami menganggap penjualan hari ini memberi peluang untuk membeli saham berharga rendah dalampasaran tempatan memandangkan penilaian rendahekuiti Malaysia terutamanya saham mewah kerana asasnya kekal kukuh.