Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kekurangan Minat Belian

5d81eed10c890cc22051bae3bfcf85956715c02deb85e

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 21 Okt(Iteenews) — Bursa Malaysia ditutup rendah dandiniagakan dalam dagangan terhad hari ini berikutan kekuranganminat belian ketika para pelabur mencerna butiran terperinci Belanjawan 2025, kata seorang penganalisis.

Meskipun penurunan keseluruhan, terdapat sektor tertentu yang mencatatkan kenaikan ketara, terutamanya teknologi, pengangkutan dan logistik, dan produk perindustrian, seperti yang dilihat dalam Indeks Sektor Bursa Malaysia.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.31 mata, atau 0.02 peratus kepada 1,645.68 daripada paras penutup1,645.99 padaJumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itudibuka tinggi naik0.72 mata kepada 1,646.71 dan bergerak antara paras 1,642.52 dan 1,648.05 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 645 berbanding 395, dengan 519 kaunter tidak berubah, 922 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.02 bilion unit bernilai RM2.19 bilion daripada2.52 bilion unit bernilai RM2.16 bilion pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sektor hartanah mencatatkan penurunan utama apabila parapelabur kecewa dengan ketiadaan sebarang pengumuman projek utama dalam Belanjawan2025.

“Bagaimanapun, penurunan itu berkemungkinan sementara sahaja, memandangkan terdapatnya langkah seperti pelepasan cukai bagipembeli rumah kali pertama, kenaikan gaji minimum, dan jaminan RM12.8 bilion untuk menyokong lebih 57,000 pembeli rumah kali pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *